Saturday 14 April 2012

SIAPA SAYA????

ASSALAMUALAIKUM..

Buat kepada semua pengunjung yang datang ke blog saya ini, ingin saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu. Ye lah, kata orang, tak kenal maka tak cinta kan? Ok, baiklah. Orang kenal saya dengan panggilan Nani. Nama penuh saya Inani Najihah Bt Mohd Rohim. Saya menubuhkan blog "PRODUK BERKESAN" ni adalah untuk menyatakan review saya mengenai beberapa produk yang boleh membantu kita menjana wang di internet dan untuk menyatakan saranan saya terhadap anda yang baru nak menceburi bidang perniagaan di internet. Namun fokus saya adalah untuk menghebahkan produk2 terlaris di internet dan ianya produk yang insyaAllah berkesan untuk anda. 

Saya mula berminat untuk menceburi bidang perniagaan di internet ini selepas melihat beberapa orang telah berjaya menjadi seorang jutawan hanya dengan internet. Siapa lagi kalau bukan Encik Irfan Khairi.  Pada masa tu, saya tertanya-tanya, betul ke kat internet  ni boleh buat duit? Ishh..tipu ni. Bukan boleh percaya pun. Tapi, sangkaan saya meleset bila saya lihat, semakin ramai yang berjaya janakan wang hanya melalui internet. Ya, tanpa perlu keluar mengadakan promosi di luar sana, tanpa perlu berpenat lelah cari orang untuk beli barang kita. Yup, saya akui, sesetengah itu ada yang TIPU or SCAM. Saya pernah terkena beberapa kali. Pada masa tu, sedih tak terkata. Ye lah, saya masih lagi seorang pelajar (sy mahasiswi di salah satu U di tanah air), dan duit adalah masalah utama saya. Bukan main lagi saya bayar untuk menyertai program tu yang dikatakan mampu buat duit. Alih2, tipu semata2.

Kat laman web tu, ada dinyatakan bahawa wang akan dipulangkan dalam tempoh 30 hari kalau tak berpuas hati dengan program dan produk dorang. Tapi, bila saya tuntut wang tersebut, langsung tak dapat. MasyaAllah, masa tu memang sedih. Pesan saya, janganlah menipu dalam berniaga. Allah tahu segala-galanya. Jadilah seorang peniaga yang baik dan sentiasa alert dan mesra pelanggan serta menepati janji agar perniagaan kita itu menjadi sumber pendapatan yang halal buat kita. InsyaAllah, pelanggan pun akan suka juga pada kita. 

Jadi, berdasarkan pengalaman yang saya ada ini, insyaAllah, saya akan cuba untuk sediakan seberapa banyak maklumat yang boleh bantu anda untuk kembangkan perniagaan di internet atau mula berniaga di internet. InsyaAllah. Salam kenal untuk semua. ^^. Jom kita eratkan ukhuwwah sesama kita agar kemanisan kejayaan yg bakal kita peroleh nanti mampu dirasai bersama. :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...