Friday 20 April 2012

Keperluan Untuk Buat Duit Online

Assalamualaikum..
Kepada semua yang sudi singgah blog saya yang tak seberapa ini, terima kasih saya ucapkan. 
Saya amat menghargai jasa baik anda semua. InsyaAllah, pada masa terluang, saya akan
berkunjung balik blog anda. Terima kasih juga diucapkan pada yang sudi follow saya. ^^

Baiklah, entri kedua ini lebih tertumpu pada newbie yang masih baru dalam dunia perniagaan internet. Kenapa saya buat entri ni? Kerana masih ada lagi orang yang di luar sana, belum mengetahui akan apa yang dia perlukan untuk berniaga di internet ni. Ok, tanpa buang masa, jom kita pergi kepada agenda kita. Sebelum tu, minta semua senyuuuuummmm.. ^-^ agar tak stress2 baca entri saya ni. He2.

Keperluan yang anda patut ada ialah:

MAYBANK2U:
Kenapa? Kerana kebanyakkan peniaga2 internet menggunakan rangkaian perbankan internet Maybank2U untuk melakukan pembayaran komisyen kepada ahli affiliate mereka. (Affiliate ialah orang yang tolong seseorang mempromosikan barang jualan seorang vendor). Malah, melalui Maybank2u juga, akan memudahkan urusan jual beli anda di internet untuk membeli pelbagai produk2 digital yang mungkin membawa faedah kepada anda dalam dunia perniagaan internet anda nanti. Jadi, cepat2 lah mendaftar akaun Maybank (kepada sesiapa yang belum ada akaun Maybank)Kalau tak guna Maybank2U boleh tak? Boleh aje. Sebagai contoh, peniaga2 internet juga menggunakan rangkaian perbankan CIMB click dalam urusan perniagaan online mereka. Kedua-dua ini amatlah disarankan untuk anda. BSN dan bank lain tak boleh ke? Boleh je tapi bagi saya Maybank dan CIMB memberikan hasil yang mantop berbanding dengan bank-bank lain. ^^. Bagaimana nak daftar Maybank2U atau CIMB Clicks, anda boleh rujuk SINI dan SINI

PAYPAL:
Apa itu Paypal? Paypal ialah satu rangkaian internet yang membolehkan kita berjual beli di internet dengan mudah. Paypal adalah lebih diyakini berbanding sistem2 lain seperi Alertpay kerana security di paypal amatlah bagus. Melalui paypal juga, anda boleh menerima wang dari orang lain. Sekiranya anda menyertai program perniagaan luar negara, mereka biasanya membayar ahli mereka menggunakan paypal. Dari Paypal, anda dapat transferkan pendapatan anda ke akauan bank tempatan anda. Untuk mengetahu lebih lanjut tentang paypal serta cara2 untuk berdaftar dan me'verified'kan akaun paypal, anda boleh lah klik di SINI

 Jadi, kedua-dua perkara yang saya nyatakan di atas amatlah penting untuk anda ketahui betapa anda memerlukannya bagi tujuan untuk berniaga di internet atau mendapatkan wang di internet. Ok, sekian saja entri saya untuk kali ini, nantikan entri terbaru saya yang mana saya akan membicarakan tentang cara-cara untuk dapatkan wang PERCUMA hanya melalui internet. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...