Friday 27 April 2012

Tips Elak Diri Ditipu Internet Marketer


Assalamualaikum sahabat2 pembaca sekalian.
Wah, terima kasih kerana masih sudi membaca entri saya ini. InsyaAllah, dalam entri kali ni, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang saya ada untuk mengelakkan diri dari ditipu sebahagian IM.
Hati-hati dari ditipu.
Kebanyakkan orang, takut untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan internet mahupun untuk membeli barangan di internet kerana bimbang ditipu oleh jurujual internet. Memang tidak dinafikan, perasaan tu memang ada. Malah, pada mula-mula saya melibatkan diri dalam menjana wang di internet ni, saya pernah gagal beberapa kali. Malah,wang saya telah banyak dihabiskan dengan membeli produk yang kononnya mampu mendatangkan hasil yang Umphhh!! Tapi hasilnya hampeh! Bila minta refund balik, depa buat tak layan. Tak seperti yang dijanjikan dengan kata2 "Wang Anda Akan Dipulangkan Dalam Masa 30 Hari". Well, itu hanyalah  salah satu strategi pemasaran sahaja. Tapi, perlu diingat, tak semua internet marketer itu menipu pelanggannya. Ada je yang bersungguh-sungguh nak tolong orang lain menjana wang di internet. Jadi, untuk mengelakkan kekusutan fikiran anda takut  ditipu internet marketer, saya telah sediakan beberapa tips ringkas untuk anda ikuti. 

Tips-tips tersebut ialah:-

1-Mencari Info Mengenai Produk Yang Dijual
Maknanya di sini, kita perlu cuba mencari review orang ramai mengenai produk tersebut. Tengok, apa yang orang kata mengenai sesuatu produk tersebut. Jika banyak review positif dari pengguna-pengguna lain, maka produk yang dijual itu sememangnya elok. InsyaAllah.

2-Melayari link Di Ruang Testimoni Pelanggan.
Seperti yang kita sedia maklum, setiap web jualan itu ada menyediakan testimoni dari pelanggan mereka. Perasan tak, ada yang menyediakan testimoni bergambar dan ada yang tak bergambar. Ada yang sertakan link pelanggan yang bagi testimoni, dan ada yang tak. Dan sebagai langkah berjaga-jaga, anda klik pada link tersebut, tengok sama ada betul ke orang yang dinyatakan itu benar-benar menggunakan produk mereka. Cuba tanya pendapat dari pelanggan itu secara personally mengenai produk yang dijual tu. Bagi yang tidak sediakan link, mohon anda cuba elak dari berurusan dengan peniaga tersebut. Bimbang anda tertipu.

3-Mengadakan Perbincangan Di Forum-Forum Internet
Anda boleh buka thread baru untuk bertanyakan pandangan ahli forum mengenai sesuatu produk yang dijual itu. Tanyakan juga siapa yang telah berpengalaman menggunakan produk tersebut dan apa hasilnya selepas tu. Jika ramai yang memberi respon positif, InsyaAllah, produk yang ditawarkan itu memang benar2 berkesan dan elok untuk digunakan. 

4-Bertanya Secara Personally Kepada IM Tersebut
Haa, cara ini paling penting untuk anda lakukan. Tanya mereka akan kelebihan produk mereka. Dan kalo boleh, mohon mereka sediakan lebih banyak bukti mengenai keberkesanan produk mereka. Tengok juga, sama ada mereka ini boleh dihubungi atau tidak. Kalo yang tiada langsung maklumat  untuk dihubungi, better anda tinggalkan je terus web promosi terseut. 

5-Cari Produk Yang Ada Jaminan Pulangan Wang.
At least dengan jaminan ni, anda akan mempunyai hak untuk anda tuntut balik wang anda daripada Internet Marketer tersebut. Ingat, kita sebagai pengguna juga mempunyai hak kita tersendiri sebagai pengguna. Tapi, JANGAN sesekali anda sengaja melakukan refund kerana ingin mendapatkan kembali duit anda. Sedangkan produk yang telah anda beli itu benar2 berkesan. 

Jadi, di sini, saya hanya menyenaraikan 5 tips sahaja untuk anda praktiskan agar anda tidak mudah ditipu oleh Internet marketer yang tak bertanggungjawab. Segala tips yang saya sediakan kat atas tu adalah berdasarkan experience sy dan telah sedikit sebanyak membantu saya untuk tidak ditipu oleh certain IM tu Jangan risau, tak semua mereka menipu. InsyaAllah, ada yang jujur. Apa yang penting, kita perlulah sentiasa hati-hati sebelum bertindak agar tak menyesal di kemudian hari. Sekian..Wassalam.
P/S: Jangan lupa untuk share pada yang lain, agar mereka sedar akan perkara ini. Thanks. :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...