Wednesday 16 May 2012

Kepentingan Untuk Memiliki Al-Quran Digital Read Pen

Assalamualaikum W.B.T

Dalam entri kali ni nak cakap mengenai "Kepentingan Untuk Memiliki Al-Quran Digital Read Pen". Kenapa saya buat entri ni? Kerana ramai yang mempersoalkan, kenapa perlunya Al-Quran Digital sedangkan kita sendiri boleh download bacaan Al-Quran dan surah Al-Quran dalam gadjet kita macam iPad and so on tu.Well, entri ni jugak bukan sekadar nak bagitahu kepentingan dia je, tapi sambil nak review sekali mengenai Al-Quran Digital ni. Ok. kita teruskan pada agenda kita.

Kenapa pentingnya Al-Quran Digital?
Set Al-Quran Digital
1-  Memudahkan kita mengingati ayat-ayat Al-Quran. 
Itu adalah point yang pertama sekali. Kenapa? Kerana otak manusia, susah untuk mengingati sesuatu kalau hanya baca je. Set Al-Quran Digital ni dilengkapi dengan sebuah pen yang dipanggil "read pen" yang bila mana kita menyentuhnya pada mana-mana ayat Al-Quran, dia akan membacanya. So, dengan ni, 'read pen' itu dijadikan sebagai penunjuk bacaan kita yang mana sambil kita baca sambil kita dengar juga bacaannya ataupun kita dengar dulu bacaan tersebut kemudian kita ikut. Menggunakan kesemua deria yg kita ada, kita akan lebih mudah mengingati apa yang kita baca. Itu yang penting.

2-  Dapat membetulkan bacaan tajwid.
So, sekali lagi "read pen" memainkan peranan. Oleh kerana set Al-Quran Digital biasanya dilengkapi dengan buku2 tajwid ataupun iqra' dan juga senaskah Al-Quran, apabila kita menyentuh sesuatu ayat, pen tersebut akan membacanya dan dari situ kita dapat dengar macam mana sebutan sesuatu ayat itu. Dengan ni, kita dapat juga mengelak dari berlakunya kesalahan bacaan tajwid sewaktu membaca Al-Quran.

3-  Dapat belajar membaca Al-Quran secara tak langsung melalui Sheikh terkenal!
Dengan Al-Quran Digital Read Pen ni, boleh mendengar bacaan dari sheikh2 terkenal seperti Sheikh Abdul Rahman As-Sudais, Sheikh Misyari Rashid dan Sheikh Abdul Matrud. Seperti yang kita semua ketahui, bacaan dari Sheikh2 ini sangatlah merdu dan mendamaikan. Alunan bacaan ayat2 suci Al-Quran dari mereka sangat sedap didengar. Jadi, secara tak langsung, kita turut boleh mempelajari stail alunan bacaan mereka sehingga kita mampu membaca Al-Quran dengan alunan yang merdu sekali. InsyaAllah. ^^

4-  Dapat memahami makna ayat Al-Quran dengan mudah!
Kerana apa? Kerana Al-Quran Digital Read Pen ini juga mampu membacakan terjemahan sesuatu ayat dalam dua bahasa sama ada bahasa Inggeris ataupun bahasa Melayu. Anda boleh setting mengikut kehendak anda sendiri. So, dengan ni, anda lebih mudah nak faham dan mengingati makna sesuatu ayat itu kerana anda bukan sahaja membacanya, malah anda turut mendengarkan maknanya. Bestkan? So, ianya seolah2 2 dalam 1 iaitu anda bukan sahaja mudah mengingati ayat2 tertentu, anda juga mudah mengingati dan memahami maknanya sekali. 

5-  Dapat belajar membaca Al-Quran dengan betul
Al-Quran Digital Read Pen ni amat sesuai untuk sesiapa yang tidak berkesempatan untuk ke kelas mengaji atau pun kepada sesiapa sahaja yang mahu belajar al-Quran tetapi malu dek diri sudah berumur. Dengan adanya alat ini, anda dapat belajar cara untuk baca Al-Quran dengan betul. Tetapi, anda masih perlu juga merujuk kepada orang yang lebih mengetahui untuk mengelakkan anda dari tersalah baca atau tersalah sebut disebabkan ada kemungkinan bacaan dari Pen tersebut terlalu cepat atau kurang jelas di pendengaran anda.

6-  Dapat memupuk minat untuk membaca Al-Quran
Hal ini mungkin lebih difokuskan kepada golongan kanak-kanak dan juga remaja. Seperti yang kita semua sedia maklum, zaman sekarang adalah zaman teknologi di mana anak-anak kita terdedah dengan kecanggihan gajet. Jadi, teknologi Al-Quran Digital Read Pen ini seiring dengan peredaran zaman. Anak-anak akan lebih tertarik untuk membacanya kerana ada unsur teknologi dan ianya mengagumkan. Hal ini juga menunjukkan bahawa, Islam itu bukan agama yang mundur. Kita juga mampu maju seperti orang lain dan mampu menghasilkan alatan yang baik seperti peralatan canggih yang lain.

Jadi itu antara sebab2 mengapa anda perlu memiliki Al-Quran Digital Read Pen ini. Jadi berdasarkan sebab-sebab yang saya nyatakan di atas, adalah tidak wajar jika ada yang mengatakan yang Al-Quran Digital Read Pen ini tidak perlu pun untuk dimiliki. Ianya adalah perlu dan penting bukan sahaja untuk keperluan jasmani malah rohani kita juga. 

Al-Quran Digital Read Pen ini juga, anda boleh gunakan sebagai
  1. Hadiah hantaran perkahwinan
  2. Hadiah buat ibu bapa atau nenek dan datuk
  3. Hadiah sempena hari lahir sahabat anda
  4. Hadiah untuk sekolah dan boleh dijadikan panduan kepada pelajar dan mendedahkan pelajar kepada teknologi dalam membaca Al-Quran
  5. Hadiah untuk pelajar-pelajar tahfiz dan pelajar-pelajar pondok.
So, jelaslah, banyak kelebihannya di situ, bukan sahaja kepada diri sendiri malah kepada orang lain juga. Kelebihannya, anda turut mendapat "saham" di atas pemberian anda kepada mereka. :D. Jadi oleh sebab itulah saya amat menyarankan anda semua untuk memiliki Al-Quran Digital Read Pen ini. Terdapat banyak kelebihan dan manfaatnya. Sebenarnya ada banyak lagi sebab-sebab penting dan faedah yang boleh anda peroleh dari Al-Quran Digital Read Pen ini. Tapi anda hanya mengetahuinya setelah mengalami dan memilikinya sendiri. InsyaAllah, banyak kebaikkannya.  :D. 

Berminat nak mengetahui dengan lebih lanjut lagi? Jom klik link di bawah. :D

Semoga dengan Al-Quran Digital Read Pen ini mampu memberikan 1001 kebaikkan kepada anda dan keluarga. InsyaAllah. Okay, jom sama2 baca Al-Quran. ^_^. Jangan lupa untuk share pada kawan-kawan atau ahli keluarga yang lain. Sekian, wassalam

Daripada Abu Umamah R.A berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:
"Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya"
(Hadis riwayat muslim)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...