Monday 4 June 2012

Perlu Ke Beli Ebook Untuk Jadi Kaya?

Assalamualaikum Warahmatullah. 
Adakah anda semua sihat? Semoga sihat hendaknya ye. :D

Sekiranya anda semua sedar, jika anda taip je di ruangan enjin carian Google, mengenai 'Bagaimana buat duit di internet?' 'Duit internet percuma' dan macam-macam lagi, kebanyakkannya memaparkan laman web yang mempromosikan EBOOK mereka yang mana di dalamnya terkandung informasi yang anda cari sebentar tadi. Ada Ebook yang sememangnya ditulis dari Internet Marketer yang terkenal dan sememangnya berpengalaman dalam dunia perniagaan di internet dan ada juga Ebook yang ditulis dari Internet Marketer yang tidak kita kenali. Perniagaan Ebook kini semakin meluas dan sememangnya menguntungkan. Ramai yang telah berjaya mengaut keuntungan yang tinggi dengan hanya menjual Ebook sahaja. Ada Ebook yang berkualiti dan ada Ebook yang kurang kualitinya. Ebook sememanganya mendapat permintaan ramai. Jadi tak hairanlah, ramai je Internet Marketer yang berjaya peroleh pendapatan yang lumayan hasil dari jualan Ebook mereka.
Gambar Hiasan
Tetapi, saya ada juga terbaca keluhan atau komen dari saudara kita menyatakan, mereka bosan dengan Ebook. Mereka kata, Internet Marketer ni, cakap, dengan beli  Ebook ni, tak perlu keluarkan modal la untuk jadi kaya, kalau beli Ebook boleh jadi kaya dan sebagainya. Ada juga saya terbaca keluhan dari seorang Muslimin ni, menyatakan beliau sedih, sebab apa, sebab kalau beli Ebook ni, masih jugak belum menemui jalan penyelesaiannya untuk jadi kaya dan dapat duit. Malah terpaksa habis beribu-ribu ringgit lagi untuk beli Ebook yang lain semata-mata untuk mendapatkan informasi tentang "Perniagaan Di Internet". Masalah-masalah dan keluhan ini biasanya berlaku pada golongan Newbie yang berminat untuk menjana pendapatan secara online.
Kecewa dengan janji-janji manis peniaga?
Baiklah, disebabkan keluhan dan permasalahan yang dihadapi dari sahabat-sahabat kita ni, saya ingin rungkaikan permaslahan dan keraguan anda tentang "Perlu Ke Beli Ebook Untuk Jadi Kaya?" Jawapan saya, ianya adalah PERLU dan TIDAK PERLU.

Kenapa ianya perlu? Kerana:
  • Menerusi Ebook inilah anda akan mendapat teknik-teknik rahsia dari para otai Internet Marketer mengenai strategi perniagaan di internet, tips berniaga, strategi jana duit di internet dan macam-macam lagi.
  • Dengan adanya informasi ni, anda boleh ikuti langkah-langkah yang diterangkan dan anda akan lebih memahami tentang selok-belok perniagaan internet.
  • Dengan membeli Ebook ini, segala strategi dan rahsia perniagaan internet terbongkar dan hanya anda sebagai pembeli Ebook tersebut sahaja yang mengetahui akan rahsia tersebut lalu anda boleh aplikasikannya dan anda berpeluangan mengurangkan persaingan untuk menjana wang di internet.
  • Panduan yang disediakan di dalamnya adalah berdasarkan pengalaman Internet Marketer itu sendiri. Jadi, orang lama lebih mengetahui akan strategi perniagaan internet, dan anda boleh gunakan ilmu yang anda dapat untuk anda aplikasikannya.
  • Ianya adalah perlu sekiranya, anda tidak tahu dan ingin tahu dengan lebih dalam mengenai niche marketing yang anda ceburi itu.
  • Anda akan dapat menjana wang di internet berkat dari ilmu yang anda peroleh hasil dari bacaan Ebook yang anda beli itu. Saya ulang sekali lagi, hanya anda yang tahu akan teknik-teknik rahsia tersebut kerana anda yang membelinya. Pendek kata, hanya orang yang membelinya sahaja yang tahu akan teknik-teknik tersebut. So, dengan ni, persaingan pun dapat dikurangkan.
Itu antara 6 sebab kenapa anda Perlu Beli Ebook Untuk Jadi Kaya.

Dan kenapa pula ianya TIDAK PERLU? Ianya tidak perlu sekiranya:
  • Anda sudah mahir akan selok-belok perniagaan internet.
  • Anda tidak teringin dan tidak berminat untuk berniaga di internet.
  • Anda tidak bersedia untuk berniaga di internet.
Itu adalah serba sedikit penjelasan dari saya mengenai Perlu atau Tidak untuk anda beli Ebook ni. Saya faham,  kita berasa kecewa sebab dalam website jualan tu, dikatakan, dengan beli Ebook ini, anda akan jadi kaya dengan mengikuti langkah-langkah yang diterangkan. Tapi bila anda ikut langkah-langkah itu, still tak dapat jana wang walau seciput pun. Saya faham kerana saya juga seperti anda. Apa yang saya katakan adalah berdasarkan dari pengalaman saya sendiri. 

Well, ianya mungkin tak berhasil kerana anda kurang praktikkan ilmu yang anda peroleh dari Ebook yang dibeli atau mungkin anda masih belum cukup pengetahuan mengenai cara-cara menjana wang di internet. Tapi saya yakin, kebanyakkan yang beli Ebook tentang perniagaan internet ni, sudah ada pengetahuan asas mengenainya. So, nasihat saya..mungkin ebook itu sendiri kurang jelas dan mungkin juga anda perlu bertanya kepada si penjual Ebook itu mengenai apa yang diterangkan oleh mereka. Jangan risau, kebanyakkan Internet Marketer menawarkan pemulangan wang sekiranya tak berpuas hati dengan produk mereka. 

Jadi kesimpulannya, Ebook ini adalah diperlukan untuk anda ketahui lebih lanjut akan teknik-teknik ataupun strategi dan juga tips-tips berniaga dan dapatkan duit menerusi internet. Untuk jadi dapat duit dan jadi kaya adalah tak mustahil sekiranya anda pandai mempraktikkan ilmu yang anda peroleh dan mencari peluang untuk jana wang di internet. Jadi, itu saja dari saya. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu anda. Akhir kata, nantikan entri seterusnya dari saya mengenai "Di Mana Untuk Beriklan Di Internet. Sekian, Wallahua'lam. 

Nak jadi kaya, adalah susah tapi tak mustahil kalau kena pada caranya. :) 
 P/S: Untuk dapatkan tips-tips yang lebih banyak dari mengenai perniagaan online ni, anda dijemput untuk like page saya iaitu page Tips Perniagaan Online. InsyaAllah di situ saya akan sediakan tips-tips perniagaan internet yang baik untuk ada. :D

Kalau anda masih lagi takut-takut untuk membeli mana-mana produk di internet, saya ada sediakan Tips Elak Ditipu Internet Marketer. Berminat nak tahu? JOM BACA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...