Saturday 12 May 2012

Tips Menjadikan Blogshop Lebih Menarik

Assalamualaikum

Entri kali ini, teringin untuk saya sentuh mengenai BAGAIMANA NAK JADIKAN BLOGSHOP ANDA LEBIH MENARIK. :D. Kenapa saya buat tips ni? Kerana pada sebelum ni saya ada melakukan blogwalk ke setiap blogshop yang saya kunjungi. Semuanya jual barang-barang yang bagus. Rambang mata dibuatnya. Hehe. Ada baju yang tak pernah nampak stailnya pun ada. Apa yang saya boleh katakan, produk yang dijual memang bagus! Tahniah kepada setiap owner blogshop. :)

Gambar Hiasan

Di sini, saya ingin sediakan sedikit tips untuk penambahbaikkan blogshop anda. Yes, blogshop anda sekarang sudah baik, tapi apa kata kita UP kan lagi mutu blogshop anda agar ianya lebih menarik dan membuatkan pengunjung rasa nak singgah lama je kat situ anda rasa nak beli je produk anda. :D

Perkara yang perlu anda lakukan untuk tingkatkan mutu Blogshop anda adalah dengan:-

1- Menggunakan template yang cerah dan tidak terlalu banyak design
Ini sebabnya, template yang cerah dan ttak banyak design takkan mengganggu pandangan mata para pengunjung yang datang. Malah ia menampakkan blogshop kita lebih kemas dan cantik. Template yang simple adalah lebih baik sebenarnya berbanding template yang banyak design dengan bunganya la, dengan polka dotnya la. Boleh je kalo nak ada hiasan, tapi make sure ianya tak mengganggu ruangan artikel anda mempromiskan produk anda.

2-Hanya menggunakan widget-widget tertentu sahaja
Ramai yang saya perhatikan menggunakan widget yang kurang sesuai untuk kegunaan blogshop. Kalo boleh, untuk track pengunjung, saya rasa better guna radar url atau tracker number pengunjung yang kecik2 je. Tak perlu gunakan yang esar yang ada gambar bumi. Kerana, ia akan menambahkan lagi berat blog dan menjadikan blog tidak kemas.

3-Menggunakan header yang menarik.
Designkan sebuah header yang menarik untuk blogshop anda yang mungkin melambangkan identiti blogshop anda. Kelebihannya, pengunjung akan lebih mudah kenal dan ingat bahawa gambar ini, menandakan ianya adalah blogshop anda. Lebih kurang macam sebuah kedai la yang ada banner or logo.

4-Widget shoutbox atau chatbox perlu disorokkan.
Nak tahu kenapa? Kerana mostly pengunjung yang datang hanyalah datang untuk meminta anda mengunjungi mereka kembali. Jadi di sini, mereka kurang memberi tumpuan pada entri anda dan apa yang anda jual. Sekadar tengok macam tu aje tak jadi. Kan? Jadi saya cadangkan agar chatbox diletakkan di tempat yang sedikit tersorok. Perasan tak, kebanyakkan bloger2 otai tidak meletakkan pun chatbox mereka di sidebar. Kebanyakkannya ada yang tak letak langsung dan ada yang letak di ruangan menu kat atas. Bukan untuk menyusahkan perngunjung yang datang, tapi,dengan ni, pengunjung yang datang akan lebih fokus kepada apa yang anda jual dan akan meningkatkan keinginan mereka untuk meninggalkan komen.

5- Gunakan Khidmat komen Intensedebate atau commenluv
Hal ini akan memudahkan pengunjung meninggalkan komen mereka di ruangan entri anda dan memudahkan mereka untuk bertanya sesuatu kepada anda mengenai produk yang anda jualkan. Widget ini adalah lebih mesra pengguna berbanding kotak komen yang biasa kerana ia membantu pengunjung memberikan backlink ke blog mereka. Dengan ni mereka takkan rasa terganggu untuk memberikan komen pada entri anda ataupun produk anda. Malah anda sendiri dapat memberikan respond segera pada pertanyaan atau komen mereka.

Jadi di sini saya hanya sempat mencadangkan 5 langkah untuk meningkatkan mutu blogshop anda agar ianya lebih kemas dan lebih menarik. Jadi insyaAllah, di entri lain yang akan datang, saya akan huraikan lebih banyak lagi mengenai bagaiman caranya untuk anda tingkatkan mutu blogshop anda agar mampu menarik lebih ramai pengunjung dan seterusnya menjadi pelanggan kepada produk anda. Untuk tidak terlepas dari sebarang update dari blog ini, saya sarankan untuk anda follow atau subscribe. InsyaAllah saya akan berkongsi lebih banyak lagi selepas ini. Semoga cadangan yang dikemukakan bermanfaat pada anda. InsyaAllah. Sekian......


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...