Tuesday 12 June 2012

Buat Duit Dengan Blog Gaya Pantas

Assalamualaikum dan salam Sejahtera buat semua.

Saya pasti anda semua pernah dengar mengenai Buat Duit Dengan Blog ni. Ye la, especially pada bloggers. Mesti ada yang terlintas di dalam fikiran tu buat duit dengan blog menggunakan teknik Pay Per Click yang macam Nuffnang ataupun Advertlets. Ye, saya akui, benda tu semua memang mampu kita gunakan untuk buat duit dengan blog. Tapi kali ni, ada cara yang lagi pantas untuk anda buat duit dengan blog. Macam mana tu? Okay, teruskan pembacaan. 

Buat duit dengan blog yang saya maksudkan itu adalah dengan menjual blog anda ataupun website atau page facebook atau nama domain anda di sebuah rangkaian lelongan hartanah maya iaitu di FLIPPA. Untuk pengetahuan anda, FLIPPA merupakan satu laman di mana anda boleh melakukan urusan jual beli hartanah (blog / website) secara maya. Kalau anda nak tahu, sistem jual beli blog ni kini menjadi trend HOT di negara-negara eropah. Blog atau website kita itu dijual dengan cara lelongan di mana blog atau wesite tersebut akan di BID oleh pembeli-pembeli yang berminat untuk membeli blog anda. Anda boleh tetapkan tempoh BID yang anda inginkan. 

Baiklah, sebelum itu, sila klik LINK INI untuk ke halaman Flippa. Supaya dengan ini anda boleh lihat sendiri bagaiman urusan jual beli blog itu dijalankan. Di situ anda boleh lihat sendiri beberapa blog yang mempunyai BID yang tinggi dari pembeli yang berminat untuk membeli blog tersebut. 

Apa Yang Diperlukan Untuk Jual Blog Di Flippa?
Sebenarnya, apa yang anda perlukan untuk menjual blog atau website, anda memerlukan sebuah blog yang mempunyai domain sendiri berdasarkan niche-niche yang mendapat sambutan ramai. Isi kandungan tersebut mestilah berdasarkan niche yang anda pilih. Sebaiknya anda mengkaji terlebih dahulu niche yang mendapat sambutan ramai di lama Ebay, Amazon, Fiverr, di Flippa itu sendiri dan jugak di forum-forum tempatan dan jugak antarabangsa. Kemudian, blog anda mestilah mempunya plugin-plugin tertentu dan menarik untuk menarik minat pembeli dari luar negara untuk membeli blog ataupun website yang anda lelong tersebut.  Dari situ anda akan mendapat pendapatan anda yang pertama. Itulah yang saya maksudkan buat duit dengan blog. 
USD 2++ untuk satu website yang terjual
Lupa untuk saya jelaskan. Blog anda itu mestilah blog yang boleh mendatangkan hasil kepada anda. Sebagai contoh, anda menyediakan servis untuk membina Shopping Cart kerana anda dapati ramai peniaga-peniaga kini mempunya blogshop sendiri tetapi blogshop mereka tak menarik. Lalu anda menyediakan dan menjual servis anda kepada peniaga-peniaga tersebut. Maka dari situlah bila anda telah siapkan segalanya, anda jual di Flippa dan anda akan mendapat hasilnya. Tak faham lagi? Takper. Sila tanya ye. :D

Jadi Bagaimana Langkah Untuk Memulakan Jualan Blog Di Flippa.
Langkah-langkah utama adalah dengan :-
  1. Peruntukkan masa lebih kurang 2 hari untuk melakukan kajian terhadap sesuatu niche dan keyword yang mendapat permintaan ramai.  Sebenarnya masa sehari pun sudah cukup jika anda gunakan masa tersebut dengan baik.
  1. Beli domain dan hosting untuk blog anda. Harus diingat, domain tersebut mestilah dibina berdasarkan niche dan keyword yang paling banyak orang guna. 
  1. Bina blog anda dan isikannya dengan info-info dan servis-servis anda. Sentiasa penuhkan backlink blog anda dengan sentiasa ping dan menyertai rangkain backlink di internet. Kerana apa, blog yang mempunyai banyak backlink lebih menarik perhatian para pembeli di Flippa.
  1. Isikan blog anda dengan plugin-plugin penting. 
  1. Gunakan template yang menarik dan cun dan sesuai dengan niche yang anda pilih.
  1. Linkkan blog anda ke paypal untuk memudahkan urusan jual beli dilakukan.
  1. Pasarkannya di Flippa dan tunggu orang BID untuk blog anda. Biasanya tempoh BID yang ditetapkan adalah dalam masa 3 hari sahaja. Tetapi ianya bergantung kepada anda.
Baiklah, itu adalah antara 7 langkah yang perlu anda lakukan untuk memulakan jualan blog anda di Flippa. Jika anda bertanya kepada saya adakah modal diperlukan untuk membuat blog apa semua tu. Jawapan saya ada YA. Modal yang anda perlu keluarkan hanyalah sedikit sahaja. Modal yang penting yang diperlukan adalah modal untuk membeli domain dan hosting. Tapi kalau anda just nak jual blog je, memadai jika anda beli Domain sahaja. Oh ya, blog yang disarankan adalah blog Wordpress yang mempunyai domain anda sendiri. :D Sebab apa, Mat Salleh lebih suka Wordpress dari Blogger sebab ianya mesra SEO dan mempunyai banyak plugin-plugin menarik untuk kegunaan mereka.

Jadi, kesimpulannya, buat duit dengan blog adalah tak mustahil jika anda tahu caranya dan tahu mana tempat-tempat penting untuk memulakan bisnes anda tersebut. Jual beli atau melelong blog adalah salah satu jalan pantas untuk menjana pendapatan yang lumayan di internet. Ianya lebih lumayan dan menguntungkan kerana wang yang bakal anda terima adalah dalam bentuk USD yang nilainya 3 kali ganda Ringgit Malaysia. Cuba anda bayangkan, blog anda terjual dengan harga $100 iaitu bersamaan dengan RM 300. Tolak dari modal yang anda peruntukkan contohnya, anda dapat $100 dan modal yang anda gunakan dalam $40. Anda untung $60 yang bersamaan dengan RM180. Itu untuk satu blog yang terjual. 

Baiklah, kalau anda rasa nak belajar cara-cara untuk buat duit dengan blog gaya pantas di Flippa ini, anda boleh pelajarinya dari seorang Internet Marketer kita yang telah berjaya menjana lebih kurang RM 7000 sebulan hanya dengan menjual blog di Flippa. Beliau akan ajar anda-anda teknik-teknik killer beliau yang menyebabkan Mat Salleh suka untuk membeli darinya. Dan pelbagai teknik rahsia menarik akan anda terus pelajari darinya. Suka untuk saya maklumkan. Mereka-mereka yang berjaya menjana pendapatan dari Flippa itu kebanyakkan mereka yang berguru dengan beliau. Jadi sekiranya anda ingin turut berjaya. Jadi bergurulah pada yang pakar. 
Testimoni kukuh mereka yang telah berjaya buat duit hasil dari teknik-teknik yang beliau ajarkan.
Segala teknik rahsia dan info mendalam mengenai Flippa ini, anda boleh pelajari dari beliau DI SINI. Semoga dengan mempelajari teknik-teknik rahsia beliau ini, akan sudah mampu menjana pendapatan anda sendiri di internet menerusi blog yang anda tubuhkan. Sekiranya anda keliru dan tertanya-tertanya kenapa anda perlukan teknik-teknik killer beliau, anda boleh membacanya di entri saya sebelum dengan klik SINI.

Berikut adalah bukti salah seorang yang mempelajari teknik rahsia dari Cikgu Hafis (internet marketer yang saya maksudkan tadi) telah berjaya menjana RM 1350 dalam masa 3 jam sahaja di Flippa. Bukan dia sahaja. Ramai lagi. Nak tengok ramai lagi. Boleh KLIK SINI.


Baiklah itu sahaja dari saya. Maafkan saya jika anda masih tidak berpuas hati dengan penerangan saya. Namun, apa yang saya harapkan adalah anda mampu lakukan yang terbaik. Itu harapan saya. Saya teringin melihat anda senyum kerana anda kini tidak lagi dibelenggu hutang. Malah anda sudah boleh mendermakan sebahagian daripada kejayaan anda menjana wang di Flippa kepada mereka yang memerlukan. Oleh itu salam sukses dari saya. Sebarang pertanyaan boleh ajukan di ruangan komen. :D. Sekian,...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...